Pages

Sunday, August 27, 2023

 NWO

NWO? ada kawan saya yang tanya saya.. Dr. apa NWO yea? Apa wujud NWO atau New World order?

Saya tersenyum dan hairan kenapa tetiba kawan saya tanya soalan seperti itu. Mungkin dia terbaca buku, "Extraordinary Popular Delusions and The Madness of Crowds" yang ditulis oleh Charles Mackay - 1841 atau "The Crowd - a study of  the popular mind" yang ditulis oleh Gustav Le Bon dalam tahun 1890an.

Saya sebut NWO atau  New World Order...dan  saya memaklumkan, salah seoarang pendukung  NWO iaitu JAMES WARBURG - pada Februari 1950 menyatakan:

" Mereka (kumpulan pembentuk NWO) akan memiliki pemerintahan tunggal dunia baik semua manusia setuju atau tidak iaitu melalui penaklukan atau persetujuan"



Aduh.. terbeliak mata kawan saya. Saya bagi tahu, 

"mereka akan lakukan bahkan dah lakukan agenda global ini dan ia berjaya walau ramai cendekiawan (scholars)  menyatakan ia adalah agenda jahat. Ia adalah agenda tersembunyi atau rahsia di sebalik rahsia. Ia dilakukan di hadapan masyarakat atau orang ramai atau khalayak ramai tetapi kesemua mereka yang saya sebut, orang ramai, masyarakat tetap tidak menyedari agenda ini kerana usaha ini sangat bijak, efisien, licik, dan berjaya membawa fikiran kita kepada kepercayaan sesuai dengan keinginan semasa dan masa depan. Ini sebenarnya merupakan konspirasa  besar. Global atau seluruh dunia. Dan jika saya maklum pun, ramai tidak akan percaya bahawa apa saya cakap itu benar."

Oleh kerana itu apa yang saya maklum dalam blog sebelum ini, seperti:

- Masa Depan Kita (2008)

- Russia is coming (Dec 2018)

- Checkmate kali ini untuk siapa (Ogos 2008)

Dan saya menulis sebagi pencetus minda.. tiada yang percaya.. hahaha kecuali pelajar/mahasiswa yang mengikut kuliah saya.. nak lulus exam kut. 

Lihat berkaitan ' Kebenaran...sudah ada "kebenaran baru". Pertama kebenaran berdasarkan fakta dan satu lagi ialah kebenaran  baru berdasarkan persepsi... yang mana tidak semestinya benar walau persepsi mewujudkan ia adalah benar. Maka semua akan percaya walau tidak benar. Ia banyak dilakukan melalui media masa. Akhirnya kebenaran akan timbul dengan mengambila masa yang lama. Persoalanya, berapa banyak kerosakan berlaku? Kesedihan dan kesengsaraan akhirnya terserlah hasil kebenaran persepsi dan bukan fakta.

Bahkan dalam NWO, dilusi ini berlaku peringkat global, regional dan juga nasional atau peringkat sesebuah negara. Begitu juga kebenaran baru yang saya maksudkan tadi. Pandangan dan pemikiran serta kefaham masyarakat dikelirukan dengan informasi yang memang mengelirukan. 

Arus media, metodologi pendidikan bahkan flow of knowledge amat membantu untuk mengelirukan kedua-dua perbincangan tadi sehingga persepsi menjadi kebenaran dan senjata NWO menjadi kebenaran dan kepercayaan masyarakat menjadi realiti. Cuba baca buku "Rupert Murdoch. 

Bagaimana? hahahah saya ketawa. 

"sebab kita semua diayun dengan filem, hiburan, lagu-lagu, pemilihan bakat baru, sukan dan ada juga program kebudayaan, kesenian, ancaman serta WABAK PENYAKIT. 

Kawan saya berkerut dan saya cakap.." nantilah kita minum kopi  lagi dan kita borak panjang". Aku berhenti dan bincang perkara lain tentang ekonomi, New Silk Route dan New Maratime Route sert hubungan antara China, Russia dan Eropah. Hehehh dia kurang berkerut kerana tajuk-tajuk ini ringan sikit bagi dia. Maka habus lah 2 jam minum kopi pagi Sabtu.

Kuala Lumpur,

26 Ogos 2023.